Pages

Sunday, February 6, 2011

Pasangan pengantin bernikah dalam banjir

MUAR - Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.

Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.

Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.

"Sukar untuk saya percaya kerana dalam kesibukan melawat mangsa banjir, baginda masih sudi menghadiri majlis pernikahan kami.

"Kami tidak akan lupa kenangan manis ini walaupun kami masih bersedih kerana persiapan kahwin kami musnah akibat banjir," katanya selepas majlis pernikahan di sini semalam.

Menurut beliau, mengikut perancangan asal, majlis persandingan di rumah pengantin perempuan akan diadakan selepas akad nikah semalam sementara di sebelah pengantin lelaki di Kampung Terus, Panchor hari ini.

Bagaimanapun, katanya, majlis tersebut terpaksa ditunda sehingga bulan hadapan apabila segala persiapan bernilai ribuan ringgit musnah sama sekali.



NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam.

4 comments:

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

wahh..pkwinan yg btl2 sweet..

nida husna said...

datng folloe tuan blog :)
http://kakyongnida.blogspot.com/2011/02/jom-ramai2-join-heartbeat.html

mykhalis said...

sweet..dlm banjir..hujan..sejuk.. orang tak kacau..pandai die pilih masa n tempat..hehe

Hafzan Sarah said...

sungguh beruntung ada kerabat raja join sama..
huhu.

Post a Comment