Pages

z
z

Wednesday, September 21, 2011

Ferrari pertama dilengkapi pacuan empat roda

BUCHAREST - Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan semua roda diperkenalkan secara rasmi di Romania kelmarin.

Selepas ia dilancarkan kepada umum oleh Duta Itali di Romania, Mario Cospito baru-baru ini, pengedar model Ferrari Four (FF) itu menerima enam tempahan daripada beberapa ahli perniagaan tempatan.

Ferrari FF dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda (bhp) yang mampu memecut kereta sport itu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 3.7 saat.

Dilengkapi sistem brek terkini, ia berhenti dalam jarak cuma 35 meter apabila pemandu menekan brek pada kelajuan 100 km/j.

Harga kereta sport canggih itu bermula daripada 220,000 euro (RM941,531) tanpa sistem injap VAT.


PELUMBA kereta Itali, Giancarlo Fisichela berdiri di tepi kereta Ferrari Four di bilik pameran syarikat tersebut di Bucharest, Romania kelmarin.

Sunday, August 21, 2011

Khasiat Daging Rusa

Seperti yang diketahui, daging rusa adalah antara kategori makanan eksotik dan ianya digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping kandungan lemak serta kolestrol yang amat rendah berbanding dengan ternakan lain.



Sumber diperolehi daripada MNMDEERFARM

Sunday, August 14, 2011

Daging rusa untuk dijual sempena Ramadan dan Syawal 2011

Assalamualaikum semua. Kami menjual daging rusa sempena ramadan dan syawal 2011. Harga yang ditawarkan paling kompetetif sekali dalam pasaran iaitu sekitar RM25 sekilo. Stok juga boleh didapati sepanjang tahun. Daging yang dijual telah siap di packing dan setiap packing mengandungi 1 kilogram. Jangan lupa dapatkan daging rusa sempena ramadhan dan syawal tahun ini =)



Senarai pembekal daging rusa

Nazrie
Teluk Intan
019-5501885
RM 25 sekilo

Ustaz Ahmad
Sungai Besar Selangor
013-2088659
RM 27 sekilo

Jamal Naser
Kajang
019-4364879 / 012-6758617
RM 25 sekilo

Siti Sarah
Alor Setar
012-5691965
RM 30 sekilo

Thursday, August 11, 2011

Facebook mula saingi BlackBerry



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg memperkenalkan perkhidmatan mesejnya sendiri di AS kelmarin bagi menyaingi populariti perkhidmatan mesej telefon bimbit BlackBerry (BBM).

Dinamakan Facebook Messenger, aplikasi itu membolehkan para pengguna Facebook menghantar mesej percuma dengan menggunakan telefon bimbit dilengkapi sistem pemprosesan Android atau iOS kepada sesiapa sahaja dalam senarai 'rakan' mereka.

Aplikasi terbaharu Facebook itu yang direka oleh jurutera Facebook, Lucy Zhang turut membolehkan pengguna menghantar mesej berkumpulan.

Pengguna juga boleh melampirkan foto pada mesej mereka.

Mesej kemudian dihantar serta-merta menerusi makluman dan teks kepada penerima.

Saturday, August 6, 2011

Baju Bruce Lee dilelong 9 kali lebih tinggi daripada jangkaan



HONG KONG: Kot dipakai Bruce Lee dalam filem terakhirnya, Game of Death, dijual pada harga RM231,615 dalam sesi lelongan di Hong Kong, semalam.

Nilai itu jauh lebih tinggi daripada anggaran awal.

Sebanyak 13 barang milik aktor filem aksi itu dilelong dalam majlis itu.

Antara yang ditawarkan, kot bulu berwarna biru tua yang dihasilkan pada 1973 untuk filem Game of Death.

Filem itu mula ditayangkan kepada umum selepas Lee mati pada Julai 1973.

Sebelum lelongan, kot itu dijangka dijual pada harga kira-kira RM27,000 saja, tetapi seorang pengumpul barangan lama dari AS menawarkan harga hampir sembilan kali ganda daripada asal.

Sepucuk surat ditulis Lee 45 tahun lalu (gambar) pula dijual pada harga RM154,127. Barangan lain yang dilelong termasuk kad keahlian Lee dalam satu pusat latihan kung fu serta sampul surat beralamat seorang pelajarnya di Hong Kong.

Sunday, July 31, 2011

Ilham kontemporari buah kurma



KURMA atau tamar merupakan hidangan yang menjadi 'buruan' ramai terutamanya menjelang bulan Ramadan. Berbanding satu atau dua jenis yang diketahui oleh seseorang, sebenarnya terdapat ratusan jenis buah istimewa itu di seluruh dunia.

Di Arab Saudi sahaja, terdapat lebih daripada 400 jenis. Itu belum termasuk dari Mesir, Iran, Tunisia, Iraq dan di California, Amerika Syarikat.

Kurma jenis Nabi atau ajwa, sefri, barhi, khalas dan khodri yang berwarna merah hati (maroon) pula merupakan antara yang paling popular dan menjadi kegemaran utama penduduk di Tanah Arab.

Selain dimakan segar sesudah matang usia, zaman yang silih berganti kini menyaksikan kurma atau nama saintifiknya, phonex dactylifera, dinikmati dengan pelbagai cara dan rupa.

Buah dari jenis tumbuhan palma itu kini direvolusikan dengan tambahan elemen, bahan atau perisa sampingan agar selari dengan kecenderungan dan selera masyarakat semasa.

Terbaru, sekumpulan anak muda dari syarikat UKP Management Enterprise mengambil inisiatif melakukan pembaharuan pembungkusan yang lebih dinamik terhadap buah yang kaya dengan khasiat itu.

Enam sekawan, Ashraf Zulkifli, 30; Mohd. Noor Nawawi Muhammad, 30; Ikhwan Mansor, 30; Abdullah Ismail, 28; Ahmad Nailan Rosli, 30 dan Shahrul Zaman Luqman, 30, terpanggil berbuat demikian setelah mereka berenam melakukan kajian menyeluruh tentang cita rasa berbeza rakyat Malaysia.

Selaku Pengarah Operasi syarikat, Ashraf memberitahu Kosmo!, ilham itu mula-mula hadir apabila mereka melihat kurma badam yang disalut coklat atau lebih dikenali dengan nama Chocodate menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan pencinta kurma.

"Selepas melihat fenomena luar biasa itu, kami terfikir mengapa tidak buah itu ditransisikan kepada beberapa elemen dan rasa tambahan agar ia lebih kontemporari dan sedap.

"Paling penting, rasa kurma yang diperbaharui itu sendiri mampu dihadam orang ramai dan tidak menjejaskan keaslian rasa kurma itu sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Friday, July 29, 2011

Perodua lancar khidmat Tweckbot

SUBANG – Hanya dengan tweet di laman sosial Twitter Perodua iaitu@MYPerodua, skuad Tweckbot akan membantu anda.

Program yang dinamakan Tweckbot itu memberikan kemudahan pemeriksaan awal terhadap 15 komponen utama kepada pemilik kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, ia satu langkah dalam mengesan sebarang kerosakan awal pada kenderaan tersebut sebelum menjalani pemeriksaan lebih lanjut di semua pusat servis kenderaan syarikat ini.

“Setiap kenderaan yang diperiksa tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana matlamat kami bagi memberikan maklumat awal mengenai kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang dimiliki mereka.

“Malah setiap kenderaan yang diperiksa melalui program ini juga diberikan potongan 15 peratus terhadap alat ganti yang ditukar semasa melakukan penukaran di pusat servis kami,” katanya selepas majlis pelancaran Tweckbot di Pusat Servis Perodua di sini semalam.