Pages

z
z

Friday, February 18, 2011

Hak cipta kasut terkenal cuma RM 30535.00

SYDNEY - Sejenis kasut yang dinamakan but Ugg memperoleh hasil jualan £500 juta (RM1.5 bilion) setahun dan amat popular dalam kalangan selebriti Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, lelaki Australia yang mencipta but tersebut, Shane Stedman tidak menjadi kaya raya dengan hasil ciptaanya itu seperti sangkaan ramai orang.

Stedman, 69, menjual idea ciptaannya pada harga cuma £10,000 (RM30,535) dan dia hanya diberikan tiga pasang But Ugg baru secara percuma pada setiap tahun untuk sepanjang hayatnya.

Dia menjual hak cipta but itu kepada jenama kasut dari Amerika Syarikat, Deckers pada 1983.

Lebih dua dekad kemudian, but tersebut yang diperbuat daripada kulit kambing menjadi popular dan dipakai oleh ramai selebriti seperti Kate Moss, Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker.

Sebuah kedai di London yang menjual but itu pada kebiasaannya dipenuhi dengan wanita yang mahu membelinya pada harga lebih £120 (RM586.60) sepasang.

Walaupun gagal bergelar jutawan daripada ciptaannya, Stedman dalam satu wawancara di sini baru-baru ini berkata, dia tetap berbangga kerana rekaannya menjadi fenomena global sekali gus setanding dengan kasut ciptaan pereka dari Malaysia, Jimmy Choo.

"Saya berbangga kerana memainkan peranan dalam menjadikan but ini popular di seluruh dunia. Kejayaan ini adalah baik untuk Australia," kata Stedman.

Dia kini menghasilkan 500 papan luncur ombak setahun di sebuah bengkel kecilnya tanpa memakai sebarang kereta mewah.

Stedman tinggal di banglo tiga bilik di bandar Mona Vale, utara Sydney.
Pada mulanya dia menjual but itu pada harga murah untuk para peluncur ombak memanaskan kaki mereka selepas meluncur. - Agensi




1 comments:

Dol said...

peh bisness ni mmg bagus,insya'Allah nak bukak bisness jugak lepas tamat elajar. :) hehe.

Post a Comment