Pages

z
z

Thursday, November 25, 2010

MAHA 2010 kembali lagi!!!!!!!!

Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor

Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada
seluruh umat Islam di seluruh dunia. Raikan hari kebesaran dengan penuh kesyukuran.
Allahhuakbar Allahhuakbar Allahuakbar Walillahhilham..
Teruskan menyokong industri rusa tanah air..
Terima kasih