Pages

Thursday, March 31, 2011

Malek Noor rebah di padang bola

IPOH – Bekas juara bina badan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin.

Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Malek yang bermain di posisi penjaga gol tiba-tiba berpaut pada tiang gol dan menahan kesakitan pada bahagian dadanya selepas lima minit perlawanan bermula.

Bekas atlet berusia 56 tahun itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh seorang pegawai perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun di sini.

Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd. Nasir berkata, ahli bina badan itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh.

“Malek sangat teruja untuk menyertai perlawanan itu bahkan pada sesi pemanas badan sebelumnya, dia sangat cergas.

“Tiada langsung tanda-tanda dia diserang sakit jantung sehinggalah dia menjerit memanggil saya dan mengadu sesak nafas,” ceritanya.

Menurut Aminuddin, keadaannya kini semakin stabil dan beliau berharap semua pihak mendoakan bekas jaguh bina badan negara itu pulih.


MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.

Wednesday, March 16, 2011

Pegawai bomba cedera dipukul

GEORGE TOWN - Seorang pegawai bomba tidak menduga, penat lelahnya bersama-sama 28 anggotanya memadamkan kebakaran sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini semalam bertukar kecoh apabila dia pula dipukul seorang penduduk.

Kejadian memalukan itu berlaku pukul 7.45 pagi apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an berkenaan dikatakan gagal mengawal emosi selepas permintaannya supaya anggota bomba menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tidak dipenuhi oleh pegawai berusia 50 tahun terbabit.

Ekoran itu, dia terus memaki hamun mangsa sebelum bertindak bergelut dengan ketua operasi berkenaan sebelum dileraikan oleh anggota lain. Mereka kemudian menghubungi polis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat berkata, pihaknya dukacita dan kesal dengan kejadian tersebut dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di sebuah kilang papan di Jalan Bukit Dumbar, George Town pagi semalam.

Monday, March 14, 2011

Try update blog guna enset k750i =)

first time login blog gune enset aku..gune intenet pun free je gune enset.skupang pun xyah kuar duit hehe =p dekat visitor gadget tu dia tulis anonymous proxy ngeee

Sunday, March 13, 2011

Chong Wei benam Lin Dan

Perseorangan negara Lee Chong Wei membenam musuh ketatnya Lin Dan dari China untuk mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan dengan 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Birmingham Indoor Arena.

Pemain tinggi lampai itu mempamer serangan agresif yang gagal ditangkis Lin Dan.

Kemenangan kali kedua Chong Wei dalam All-England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton di arena itu manakala penyokong Malaysia di tanah air mengikutinya siaran secara langsung di televisyen satelit.

Sementara itu beregu negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula gagal mengulangi kejayaan 2007 apabila kecundang pada Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark.

Meskipun memiliki kelebihan setelah menang set pertama dan memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan, Koo dan Tan akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu dengan pungutan mata 21-15, 18-21, 18-21.

Dalam saingan perseorangan wanita, Wang Shixian dari China dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Eriko Hirose dari Jepun 24-22, 21-18.

Rakan sepasukannya Wang Xiaoli dan Yu Yang pula mudah mengenepikan Mizuki Fujii-Reika Kaiiwa dari Jepun 21-2, 21-9 sekaligus menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut menggungguli acara beregu campuran apabila Xu Chen-Ma Jin menewaskan Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam dari Thailand 21-13, 21-9.

Friday, March 11, 2011

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran

Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005

Thursday, March 3, 2011

Feeling layan shisha

Budaya menghisap rokok tradisional yang berasal dari Gujerat dan Rajastan, India ini lebih sinonim dengan dunia Arab.

Dikenali dengan pelbagai nama seperti hookah, narghile atau gaylan, populariti shisha terus berkembang ke seluruh dunia.

Dari Afrika, Eropah hingga ke Asia, shisha sudah menjadi suatu hobi yang tidak sukar untuk ditemui apatah lagi jika negara itu mempunyai komuniti yang berasal dari Asia Barat.

Seperti di Malaysia sendiri, gelagat anak-anak muda, tidak kira lelaki mahupun perempuan, menghisap shisha bukan lagi asing khasnya di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang.

Menurut penyelia di Sahara Tent, Rafiquel, 38, lebih 50 peratus pelanggan yang memesan shisha terdiri daripada rakyat tempatan.

"Ketika restoran ini dibuka sembilan tahun lalu, kami turut memperkenalkan shisha dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

"Dengan harga RM20 untuk satu sisha, kami boleh menjual hingga 100 shisha sehari.

"Ini menunjukkan orang Malaysia sudah mula menerima shisha sebagai budaya dalam hidup mereka.

"Malah, ada juga menganggap menghisap shisha satu kemestian jika keluar bersama rakan-rakan sama ada ke tempat makan atau tempat hiburan," katanya.

Kemasukan budaya shisha pada tahun 90-an telah mencetuskan demam shisha di negara ini.

Tidak hanya bertumpu di restoran bercirikan Arab, kafe dan restoran tempatan yang menjual makanan ala Siam juga sudah banyak yang menawarkan shisha di premis mereka.

"Shisha kini boleh dianggap sebagai daya penarik untuk kafe atau kedai makan," tutur Mohd. Yazid Yahya, 30, yang mempunyai sebuah kedai shisha di Kampung Baru.

Biarpun masih dianggap sebagai trend baru, namun menurut Yazid, keunikan shisha telah menarik minat sebahagian besar golongan muda.

"Saya dulu juga seorang peminat shisha. Selesa melihat budaya ini semakin diterima anak muda, saya cuba untuk berniaga shisha. Alhamdulillah, perniagaan saya semakin meningkat maju," ujarnya.

Yazid yang pernah menjadi pelanggan tetap Azim's Shisha yang beroperasi di Medan Selera Rasta di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menimba kemahiran menyediakan shisha daripada sifunya yang hanya mahu dikenali sebagai Azim, 30.


AZIM’S Shisha menawarkan 40 perisa tembakau kepada pelanggannya.