Pages

z
z

Friday, January 21, 2011

Terbuka Malaysia - Lin Dan tarik diri

Impian Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia 2011 semakin cerah selepas bintang sensasi China, Lin Dan, menarik diri Jumaat akibat kecederaan pada bahagian perutnya.

"Pagi ini ketika Lin Dan sedang melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan suku akhir, beliau berasa sakit di bahagian kiri perutnya kerana kecederaan lama.

"Selepas menjalani pemeriksaan perubataan, Lin Dan dinasihatkan supaya menarik diri bagi mengelak daripada memburukkan lagi kecederaan itu," kata Ketua Pengadil kejohanan super siri itu, Jane Wheatley, dalam sidang media di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.

Katanya seorang doktor dari Institut Sukan Negara (ISN) menasihatkan Lin Dan, juara dunia tiga kali dan pemenang emas Sukan Olimpik Beijing 2008, supaya berehat dan menjalani rawatan fisioterapi.

Penarikan diri Lin Dan memberi kemenangan kepada rakan senegaranya Chen Long untuk mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Sumber daripada BERNAMA


2 comments:

Zaty Anuar said...

dh menang dh pun
Malaysia blh, hehehe

Admin said...

hehe tahniah Lee Chong Wei =)

Post a Comment