Pages

Sunday, January 30, 2011

Mampukah batu permata menjadi penawar?

UTAAN tahun lalu, batu permata telah menarik minat manusia kerana kecantikan dan misteri di sebaliknya. Sejak itu, batu-batu permata menjadi simbol kekayaan, kuasa dan cinta selain ia dikaitkan dengan zodiak.

Pada zaman purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri daripada kuasa-kuasa jahat dan syaitan, memelihara kesihatan malah, menjauhkan diri daripada wabak penyakit.

Terdapat tiga cara batu permata digunakan iaitu dengan meletakkan batu permata pada bahagian tubuh yang sakit, memakan batu permata yang telah menjadi serbuk dan kehadiran batu permata tersebut sahaja sudah mencukupi untuk mengubati penyakit.

Sehingga kini, terdapat segelintir masyarakat menggunakan batu permata sebagai ubat untuk mengubati penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, insomnia, gemuruh, melancarkan perjalanan darah, resdung, darah tinggi, sakit sendi dan banyak lagi.

Boleh dikatakan semua batu permata mempunyai khasiat yang tersendiri.

Terdapat pelbagai jenis batu permata antaranya delima, jed, zamrud, nilam, topaz, intan, lapis lazuli, turqouise, mutiara, krisoberil, turmalin, akuamarin, baiduri, akik, ametis, mata harimau, hematit, sitrin dan banyak lagi.

Penjualan batu-batu permata itu dipelbagaikan dalam bentuk gelang, rantai tangan, loket, batu cincin, pokok hiasan dan sebagainya.




Info penuh boleh klik link ini

2 comments:

chittysarah said...

ini leh di jadikan ikthiar
masih berserah kepada allah tuk membantu mendapat kesihatan yang berkekalan..

^_^

admin said...

yep btol tu chittysarah =)

Post a Comment